Kebangunan Rohani Ba'kelalan - Bahasa Malaysia / Revival In Ba'kelalan / Missions
- Regular price
- RM 4.45
- Regular price
-
RM 5.43 - Sale price
- RM 4.45
Share
PRODUCT DESCRIPTION
Kisah bagaimana mesej Kristus membebaskan suku Lun Bawang di Sarawak daripada pupus pada tahun 1930-an pertama kali diceritakan dalam buku Drunk Before Dawn (1979) karya Shirley Lee. Tuhan telah terus melaksanakan maksud tujuan-Nya yang penuh kasih kurnia dan menakjubkan di kalangan mereka melalui pelbagai kebangunan rohani, yang memuncak pada kebangunan rohani 1984-1986, yang pertama kali dilaporkan dalam New Straits Times pada Disember 1985. Pada hari ini, suku Lun Bawang adalah salah satu komponen terkuat dalam gereja Borneo Evangelical Mission di Sarawak. Namun, untuk beberapa sebab yang tidak dapat dijelaskan, kisah penuh kebangunan-kebangunan rohani ini tidak pernah diceritakan dengan secukupnya walaupun banyak percubaan telah dibuat.
Pada November 2023, gereja-gereja di Ba'kelalan merayakan ulang tahun ke-50 kebangunan rohani 1973. la bermula dengan pencurahan Roh Kudus ke atas gereja-gereja di sana pada malam 10 November. ltu adalah malam kedua lawatan pasukan dari Bario, di mana kebangunan rohani telah tercetus beberapa minggu sebelum nya . Buku ini menceritakan kisah tentang apa yang berlaku pada tahun 1973-74 dan sekali lagi pada tahun 1984-86, di mana pada masa itu Tuhan menyatakan kuasa dan kemuliaan-Nya yang mengagumkan kepada umat-Nya. Dan ini telah meninggalkan kita dengan persoalan tentang apa yang mungkin Tuhan katakan melalui semua perkara yang menakjubkan ini kepada gereja di Malaysia. Kisah Ba'kelalan mengajak kita untuk memahami tujuan-Nya bersama-sama.
Daripada Kata Pengantar oleh Rev Bina Agong, Presiden Borneo Evangelical Mission, Sarawak:
"Saya sendiri mengalami kebangunan rohani pada tahun 1973-1974 ketika saya berumur enam tahun. Semasa kebangunan rohani 1984-1986, saya sudah berusia akhir remaja, dan mempunyai pengalaman istimewa yang luar biasa untuk terlibat secara peribadi, serta menjadi saksi mata kepada beberapa kejadian ajaib yang telah berlaku. Semua ini memberi impak yang mendalam kepada saya doa membuat saya mempersembahkan hidup saya kepada Tuhan untuk menjadi pelayan sepenuh masa. Sebagai saksi langsung, saya dapat mengesahkan bahawa apa yang ditulis oleh Michelle Chan don Hwa Yung adalah sah dan tepat. Buku ini akan menguatkan iman para pembaca yang mengenal Tuhan dan yang ingin bertumbuh lebih dalam lagi iman dan pemahaman mereka tentang kuasa serta kemuliaan Allah yang luar biasa."
ABOUT THE AUTHOR
Penulis: Michelle Chan & Bishop Hwa Yung